Tuesday, October 03, 2006

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu

Buat Sang PuteriSpider

Hilang mentari,
Ada yang tinggal,
Rembulan kegersangan,
Yang meratapi,
Cahaya hujung malam di kala sunyi,

Hilang kekasih,
Ada yang yang tinggal,
Pemuja kesepian,
Yang melayani,
Puisi cinta buat sang puteri,

Pedihnya hatiku yang terguris,
Kalau bisa terzahir ke nyata sini,
Langit nangis,

Oh.... Oh......
Kerana dirimu dunia ku terlepas,
Kerana kau ku bernafas,
Kerana tanpamu semangat jadi tewas,
Kerana kau yang teratas,

Segala apa,
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua,
Asalkan saja,
Dikau bersama diriku selalunya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home